Perkongsian masalah bantu tangani kemurungan

HARI sedang hujan. Anda berasa hari berjalan dengan perlahan, malas bergerak dan kurang berminat untuk melakukan apa-apa aktiviti, kecuali tidur. Ini mungkin normal memandangkan cuaca sejuk membuat diri yang sentiasa ‘dibakar’ kepanasan berasa nyaman dan ingin bersantai menikmati cuaca sejuk selama yang boleh.

Bagaimanapun, jika anda hilang minat terhadap sebarang aktiviti, terutamanya aktiviti kegemaran anda, sepanjang masa tidak kira tempat atau persekitaran, mungkin anda dilanda kemurungan. Di sebalik senyuman ketika di hadapan ahli masyarakat, rakan sekerja dan orang tersayang, seseorang itu tetap berkemungkinan menghadapi kemurungan.

Puncanya sukar untuk ditentukan. Ada pesakit yang menderita untuk jangka pendek dan pulih sendiri, ada juga yang sudah lama menderita akibat kemurungan tetapi tidak menyedarinya. Kerap kali juga kita mendengar kata-kata ‘saya berasa murung’ tetapi ada di antaranya cuma bercakap tanpa mengetahui maknanya.

Kemurungan mempunyai definisinya tersendiri bersama simptom tertentu yang menjadi ciri khusus dan penanda aras dalam mendiagnosis pesakit.

* Dalam kemurungan

Kemurungan adalah sejenis penyakit mental yang banyak berlaku tetapi kurang didiagnosis sehinggalah masalah telah menjadi teruk dan memerlukan rawatan rapi. Hampir kesemua pesakit yang murung mengalami episod mood yang rendah, dan hilang minat sepenuhnya terhadap sesuatu aktiviti yang sebelum ini digemarinya.

Sering kesedihan, rasa cemas atau mudah marah, rasa rendah diri yang ketara, rasa bersalah tidak bertempat, rasa tidak berupaya, gelisah serta kesukaran menumpukan perhatian, mengingati maklumat atau membuat keputusan menjadi antara tanda-tanda kemurungan. Pesakit juga mungkin menyisihkan diri daripada masyarakat, keluarga atau rakan, dan mungkin wujud perasaan mahu atau cubaan membunuh diri.

Mereka yang murung juga mengalami simptom fizikal seperti berat badan atau selera makan meningkat (atau menurun), bangun terlalu awal, kurang bertenaga, sakit kepala, masalah penghadaman dan rasa sakit yang kronik. Orang di sekitar individu yang murung mungkin perasan penampilan yang semakin runsing atau pergerakan semakin perlahan.

Namun, bukan semua individu kemurungan menunjukkan kesemua atau simptom yang sama. Untuk mengelaskan seseorang itu sebagai murung, simptom tertentu (kecuali perasaan ingin bunuh diri) perlu hadir selama sekurang-kurangnya dua minggu.

Di kalangan kanak-kanak pula, simptom murung lebih sukar untuk dikenalpasti dan sering dianggap sebagai ‘membuat perangai’ semata-mata.

* Hakikat

Bagi pesakit yang mengalami kemurungan, meluahkan apa yang terbuku di hati mungkin jalan terbaik untuk melegakan perasaan. Apa yang diperlukan bukan sahaja berdialog dengan doktor, tetapi juga dengan orang tersayang. Hakikatnya, komunikasi adalah satu bentuk terapi yang penting.

Statistik kemurungan global memperlihatkan satu keadaan yang kian membimbangkan. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kemurungan adalah penyakit keempat paling serius dalam melumpuhkan jiwa seseorang di dunia. Malah, kadar kelaziman penyakit ini juga didapati lebih ketara berbanding hipertensi (tekanan darah tinggi), mahupun diabetes.

WHO turut menganggarkan kadar kematian kejadian bunuh diri akibat kemurungan di rantau Asia Pasifik adalah lebih tinggi berbanding penyakit Tuberkulosis (tibi). Kadar kelaziman kes kemurungan di sesebuah negara adalah pula dianggarkan antara lapan hingga 10 peratus.

Malaysia dalam menuju ke arah pembangunan turut tidak terkecuali daripada menghadapi masalah yang sama di kalangan rakyatnya. Semakin tinggi kadar pemangkin tekanan (stres), semakin tinggi juga kadar kelaziman masalah kemurungan.

Beberapa laporan mendedahkan kira-kira sembilan peratus (hampir 2.5 orang) rakyat Malaysia mengalami kemurungan yang serius. Peratusan ini berada dalam lingkungan sama dengan anggaran purata dunia dengan kemurungan juga merupakan penyakit keempat serius di Malaysia.

Bagaimanapun, dari segi pecahan jantina, kemurungan menjadi masalah ketiga paling serius untuk wanita berbanding ke-10 serius bagi lelaki. Perbezaaan ini jelas menunjukkan betapa masalah ini menjejaskan hidup wanita yang lebih cenderung menghidap kemurungan, termasuk dalam tempoh tertentu selepas melahirkan anak.

* Berkongsi ‘senyuman’

Sedikit berita baik! Rawatan sewajarnya boleh membantu sekurang-kurangnya 85 peratus pesakit yang mengalami kemurungan. Pesakit lazimnya boleh menjalani sesi-sesi kaunseling, terapi ataupun menerusi pengambilan ubat anti kemurungan.

Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Dr. Yen Teck Hoe menjelaskan kemurungan merupakan satu bentuk gangguan emosi yang paling biasa berlaku.

“Masalahnya, ramai tidak memahami apa itu kemurungan dan tidak dapat membezakannya dengan kesedihan biasa.

“Jika mereka dapat membezakannya, mereka tentu tahu bahawa berjumpa dengan doktor dan mengambil ubat antidepresen boleh membantu,” katanya.

Menurut beliau, orang ramai juga perlu belajar mempercayai doktor dan ubat-ubatan kerana diagnosis sendiri tidak akan membantu memulihkan keadaan.

Dengan kesedaran akan kepentingan sokongan dan komunikasi untuk pesakit yang mengalami kemurungan, sebuah kempen Dialog: Program SNRI (Dialogues: Support ‘N’ Remission Impact (SNRI) Programme) telah dilancarkan oleh Wyeth (Malaysia) Sdn. Bhd. dan MPA. Program ini bertujuan membantu orang ramai, pesakit, keluarga mereka dan doktor memahami apa itu kemurungan dan juga membuang stigma yang menyelubungi masalah kemurungan.

Turut diperkenalkan adalah Buku Panduan Pesakit Venlafaxine. Venlafaxine merupakan sejenis ubat antidepresen yang mula diperkenalkan pada 1993 untuk preskripsi pesakit dengan masalah kemurungan yang teruk dan masalah rasa gelisah (kegelisahan).

Program khas ini bertujuan mendidik dan menggalakkan golongan doktor, keluarga pesakit dan rakan-rakan untuk memberi sokongan serta mengadakan sesi dialog berterusan dengan pesakit yang sedang menjalani rawatan.

Bekas Presiden MPA, Profesor Dr. Mohamad Hussain Habil memaklumkan, walaupun kebanyakan pesakit pulih selepas menerima gabungan rawatan, kajian mendapati lebih daripada 40 peratus pesakit menghentikan rawatan anti kemurungan selepas tempoh tiga bulan.

“Ini berlaku kerana kurangnya komunikasi, sokongan serta pemahaman terhadap kesan-

kesan sampingan kemurungan.

“Dialog yang berterusan boleh memberi impak signifikan kepada proses pemulihan seseorang pesakit. Sokongan emosi dan moral daripada orang di sekeliling dapat meringankan bebanan penyakit dan kesan-kesan sampingan yang mungkin dialami oleh pesakit,” ujarnya.

Kata beliau, sebahagian besar masalah kemurungan boleh berulang sejurus selepas rawatan atau beberapa tahun kemudiannya dan pada ketika inilah program sebegini memainkan peranan yang penting.

Seiring dengan pelaksanaan program berkenaan, satu siri risalah dan poster-poster pendidikan telah disediakan dan kini boleh diperoleh daripada pusat-pusat perubatan seluruh negara. Wyeth dan MPA juga akan bekerjasama dengan pusat-pusat perubatan di seluruh negara bagi menekankan kewujudan program tersebut dan sumber-sumber rujukan yang dapat membantu doktor berkomunikasi serta mendorong golongan pesakit berdialog.

Bukan sahaja doktor, ahli keluarga, sahabat handai dan rakan sekerja perlu mengambil langkah proaktif membantu pesakit kemurungan. Selain mengenali mereka yang dalam kemurungan, cubalah berdialog dan menggalakkan pesakit meneruskan rawatan untuk kembali pulih.

Untuk maklumat lanjut mengenai Dialog: Program SNRI, sila layari laman web MPA, www.psychiatry-malaysia.org.





Buat Duit Dengan Email
RM5.00 Setiap Kali Rakan Anda Join

Daftar percuma di  sini



Perkongsian masalah bantu tangani kemurungan

0 Komen:

Catat Ulasan



Carian Artikel


Terdapat ribuan artikel kesihatan, perkahwinan, tips rumahtangga, keibubapaan, keagamaan, kaunseling dll dalam simpanan. Sila buat carian artikel yang diingini.


Seni Pancutkan Isteri. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Rahsia Kepuasan Batin. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Seni Melambatkan Pancutan. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Panduan Majlis Perkahwinan. Keterangan lanjut, sila klik sini.

 

Talian Nur 15999

Talian Nur 15999 dikelolakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berfungsi memberikan khidmat bantuan kepada orang ramai berkaitan isu-isu sosial termasuk kes dera dan keganasan rumah tangga, bencana alam, kebajikan dan penjagaan serta isu berkaitan keluarga dan masyarakat.

Pengikut

Komen Tetamu