Bagi kebanyakan ibu bapa, waktu bermain hanya menghabiskan masa anak-anak saja. Adakah menghadiri kelas tuisyen lebih penting daripada membenarkan anak anda bermain, berlari-lari sambil mengejar antara satu sama lain di padang? Tidak dinafikan, pencapaian akademik adalah penting, namun kanak-kanak yang tidak bermain akan rugi. Bermain membentuk kemahiran mental, motor, sosial dan kecerdikan emosi anak anda, lebih daripada yang dapat diperoleh ketika menghadiri kelas atau bengkel.
Malah, menyedari kepentingan waktu bermain bagi pembesaran kanak-kanak, Suruhanjaya Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengiktiraf hak bermain bagi setiap kanak-kanak.
Menurut ahli psikologi perkembangan si kecil sudah dibuktikan bahawa dengan hanya bermain selama 30 minit sehari, ia dapat meningkatkan tahap tenaga kanak-kanak dan memanjangkan tempoh perhatian adalah faktor yang sangat penting kepada kebolehan mereka untuk belajar.
Permainan di luar rumah untuk mengeluarkan peluh seperti bermain ‘Polis dengan Pencuri’ atau teng-teng membolehkan kanak-kanak menerokai alam di sekeliling mereka, membentuk kemahiran motor dan koordinasi mereka serta membolehkan mereka mendapatkan senaman yang diperlukan.
Bermain dengan barang permainan atau melakonkan watak juga menyemai kreativiti kanak-kanak dan keupayaan mereka untuk membuat keputusan kerana mereka perlu menentukan peranan masing-masing dan mengetahui apakah sebenarnya permainan mereka.
Tambahan pula, kanak-kanak yang bermain dengan orang lain akan mempelajari kemahiran sosial dan emosi yang berharga, mereka belajar mengenai perbezaan antara individu, bertoleransi dan bekerjasama.
Ibu bapa mungkin berkata, ‘Okay, waktu bermain memang penting. Bagaimanapun, susah betul untuk saya menjauhkan anak-anak saya daripada televisyen dan permainan komputer. Itu juga boleh dikira sebagai permainan, bukan?’
Jawapannya ‘tidak’ dari segi manfaatnya. Laporan klinikal daripada Akademi Pediatrik Amerika (AAP) menyatakan bahawa ‘hiburan pasif’ seperti permainan komputer dan program televisyen mengehadkan imaginasi dan tidak dapat menajamkan kemahiran kanak-kanak seperti yang dapat diperoleh daripada permainan yang aktif dan kreatif. Tetapi ibu bapa tidak boleh mengharapkan anak-anak mereka mencari aktiviti fizikal dengan sendirinya. Dalam kebanyakan hal, ibu dan bapa perlu menghentikan anak-anak mereka daripada menonton televisyen dan keluar bermain bersama anak-anak mereka.
Bagi mereka yang pernah bermain bersama anak-anak, mereka sedar bahawa tenaga dan ketangkasan mental amat diperlukan. Anak-anak kecil mudah bosan, maka ibu bapa perlu sentiasa mendapatkan idea baru untuk mengekalkan minat anak-anak mereka.
Selepas seharian penat bekerja, bagaimanakah ibu bapa mempunyai tenaga untuk merancang dan bermain dengan anak-anak mereka? Sebenarnya ibu bapa tidak perlu terbabit! Permainan spontan yang ditentukan oleh kanak-kanak untuk dimainkan antara mereka sendiri, sama efektif.
AAP menyokong permainan bebas, dan melaporkan dalam laporan klinikalnya bahawa permainan yang spontan membolehkan kanak-kanak belajar bekerja dalam kumpulan, berkongsi, bertolak ansur, menyelesaikan konflik dan belajar kemahiran untuk menyerlahkan diri. Apabila sesuatu permainan itu ditentukan oleh kanak-kanak sendiri, ia akan melatih kanak-kanak itu untuk membuat keputusan, bergerak mengikut tahap mereka sendiri, menerokai minat mereka yang seterusnya menentukan apa yang ingin mereka lakukan suatu hari kelak.
Ini tidak bermakna bahawa ibu bapa boleh meninggalkan anak-anak mereka untuk bermain. Sebaiknya, ibu bapa dinasihatkan untuk mengawasi si kecil ketika mereka sedang bermain kerana ia memberikan mereka rasa bahawa ibu dan bapa memberikan perhatian dan dapat merapatkan pertalian antara ibu bapa dan anak.
Ahli psikologi perkembangan mencadangkan ibu bapa untuk menggabungkan aktiviti fizikal dan kreatif ketika waktu bermain untuk meningkatkan perkembangan holistik anak mereka.
Berpeluh mungkin baik untuk kanak-kanak, tetapi ini tidak bermakna anda perlu bersusah payah memikirkan permainan yang hendak diperkenalkan kepada mereka. Anda hanya perlu log masuk ke laman web Johnson’s Baby Powder Jom Main! yang memaparkan idea permainan yang menyeronokkan dan sering dikemas kini, yang dapat membina kemahiran penting yang anak anda perlukan. Hujan atau panas, ibu bapa akan sentiasa ada cara kreatif supaya anak-anak riang dan pada masa sama dapat belajar.
Bagi ibu bapa yang suka meluangkan waktu hujung minggu bersantai dan aktif bersama anak-anak mereka, tidak perlulah pergi ke pusat beli-belah lagi. Laman web Jom Main! memberikan pelbagai cadangan mengenai permainan mudah yang menghiburkan kanak-kanak.
Ruang Happenings Zone dalam laman web itu menyenaraikan acara menarik yang boleh disertai oleh kanak-kanak. Bagi ibu bapa yang membenarkan anak-anak mereka keluar bermain, tetapi tidak dapat memerhatikan mereka, ada juga pusat aktiviti bagi kanak-kanak yang disenaraikan di laman web itu.
Laman web Jom Main! ada dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, juga menawarkan banyak informasi bagi ibu bapa untuk memastikan pembesaran holistik anak-anak mereka. Dapatkan rahsia kepada kanak-kanak riang dan sihat di http://www.ilovejohnsonsbaby.com/jommain
Galak anak aktif bermain
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Carian Artikel
Terdapat ribuan artikel kesihatan, perkahwinan, tips rumahtangga, keibubapaan, keagamaan, kaunseling dll dalam simpanan. Sila buat carian artikel yang diingini.

Seni Pancutkan Isteri. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Rahsia Doa Pengasih. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Seni Melambatkan Pancutan. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan. Keterangan lanjut,sila klik sini.
Nak Berhenti Merokok? Ada caranya. Sila klik sini.












0 Komen:
Sila Komen Dengan Tinggalkan Nama