Tip Memilih Cincin Bagi Lelaki

Lelaki juga suka memakai cincin sebagai aksesori menyerlah keterampilan. Tidak kira bentuk dan logam yang menyaluti, cincin mampu menterjemah tarikan tersendiri selain melambangkan status dan prestij diri.

Rekaan dan bentuk cincin yang tersarung di jari manis memberi pengaruh besar kepada pemiliknya. Cincin ibarat simbol kuasa, status profesion dan gaya hidup si jejaka.

Tidak kiralah mahal atau murah, cincin memancarkan peribadi diri hingga menjadi tarikan mata yang melihat.

Siapa kata wanita saja cenderung memilih cincin bertakhta berlian? Lelaki pada alaf ke-21 ini juga menggemari berlian. Namun, lelaki cenderung menyesuaikan pilihan dengan reka bentuk, warna dan potongan berlian yang maskulin.

Selain berlian, lelaki juga gemar memilih batu permata lain seperti firus, intan dan topaz untuk menjadi penyeri cincin.

Biarpun lazimnya cincin lelaki direka lebih besar dan berbentuk empat segi, kepelbagaian permintaan dan fesyen memberi lebih banyak variasi kepada lelaki dalam memilih cincin. Ini termasuk berpotongan nipis, bulat dan menonjol ke atas.

Bagi lelaki moden, cincin bersalut platinum dirasakan paling cocok dan begitu bergaya. Ini kerana cincin platinum tidak terlalu berkilau dan bebas digayakan terutama bagi lelaki muslim. Selain itu, pelbagai pilihan logam seperti emas kuning, emas putih, suasa dan perak mamu membuatkan mata rambang dalam memilih cincin idaman.

Tip pilih cincin

1. Pertamanya, seseorang mestilah dapat membezakan bentuk cincin yang hendak dipilih sama ada ia sesuaian dengan karektor diri atau tidak.

2. Usah terpengaruh dengan reka bentuk yang mungkin tidak sesuai disarungkan pada jari anda.

3. Tidak semua jari sesuai menggayakan sesetengah bentuk cincin seperti jari halus dan kurus tidak digalakkan memakai cincin berbentuk besar kerana kelihatan tidak
seimbang.

4. Warna dan bentuk cincin mempengaruhi sesetengah individu. Lebih baik selidik terlebih dulu kandungan dan kesesuaian cincin dengan jari sendiri.

5. Jangan tergesa-gesa memiliki cincin semata-mata mahu kelihatan hebat dan menarik di mata orang lain.

6. Lakukan pemerhatian dan meninjau di beberapa kedai emas dan permata untuk mendapatkan idea cincin terkini yang sesuai.

7. Pilih beberapa bentuk cincin dan sarungkan satu persatu ke jari manis. Tidak salah untuk mencuba beberapa bentuk cincin semata-mata untuk memenuhi cita rasa. Cuba dan terus mencuba.

8. Jika perlu, minta jurujual cermin untuk melihat kesan atau efek cincin yang disarungkan pada jari.

9. Pastikan cincin yang sudah berkenan di hati tidak terlalu ketat mahupun longgar.

10. Tidak salah bersabar semata-mata untuk mendapatkan cincin yang berkenan di hati!



0 Komen:

Sila Komen Dengan Tinggalkan Nama



Carian Artikel


Terdapat ribuan artikel kesihatan, perkahwinan, tips rumahtangga, keibubapaan, keagamaan, kaunseling dll dalam simpanan. Sila buat carian artikel yang diingini.


Seni Pancutkan Isteri. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Rahsia Doa Pengasih. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Seni Melambatkan Pancutan. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan. Keterangan lanjut,sila klik sini.


Nak Berhenti Merokok? Ada caranya. Sila klik sini

Pancutkan Suami. Keterangan lanjut, sila klik sini.

 

Talian Nur 15999

Talian Nur 15999 dikelolakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berfungsi memberikan khidmat bantuan kepada orang ramai berkaitan isu-isu sosial termasuk kes dera dan keganasan rumah tangga, bencana alam, kebajikan dan penjagaan serta isu berkaitan keluarga dan masyarakat.

Pengikut

Komen Tetamu