Tutup TV ketika anak ulang kaji

Ibu bapa sering mengharapkan anak-anak memperoleh kesenangan hidup apabila dewasa kelak.

Namun, proses pembentukan kejayaan anak bukan hanya berlaku ketika anak sudah remaja, sebaliknya ia bermula sejak anak masih kecil.

Kejayaan juga tidak akan datang bergolek tanpa kerangka dan acuan yang betul.

Kerangka atau acuan berkenaan ditandai didikan, cara disiplin selain memastikan segala keperluan anak diusahakan dengan jayanya.

Untuk permulaan, asas yang menjadi kepada acuan itu adalah perkara pokok yang perlu disediakan sebelum melihat potensi anak terus berkembang seiring dengan faktor usia dan persekitaran.

Renung fakta berikut sama ada anda sudah melengkapkan diri untuk memenuhi semua aspirasi yang diharapkan itu.

# Untuk anak belajar, sediakan kerusi meja secukupnya mengikut jumlah anak. Gunakan meja makan jika anak ramai. Bagi yang tidak mempunyai kerusi atau meja, berkumpul di satu sudut sesuai serta mempunyai cahaya mencukupi.

# Jika tiada kerja sekolah, pastikan anak-anak mengulang kaji pelajaran atau lakukan latih tubi daripada buku latihan atau akhbar.

Biar ibu bapa banyak mulut, supaya anak merasa ibu bapa mereka serius dalam memberi penekanan pada pelajaran.

# Duduk dengan anak-anak sambil melihat serta mengambil tahu kerja sekolah mereka sebaiknya. Jika ibu bapa berilmu dalam bidang tertentu, bantu anak menyelesaikan masalah pembelajaran mereka.

# Jangan lupa bacakan doa dan surah al-Fatihah untuk setiap anak. Usapkan kepala dan badan mereka. Sentuhan akan merangsang penumpuan anak terhadap pelajaran.

# Sebelum mengulang kaji, biasakan mereka membaca doa penerang hati dan surah pendek. Mudah-mudahan ia membantu mereka memahami pelajaran.

# Tutup televisyen ketika mengulang kaji. Ahli keluarga mesti bersatu hati mengelakkan budaya lepak di depan televisyen di saat anak mengulang kaji.

# Sediakan jadual ulang kaji pelajaran untuk anak. Seimbangkan mata pelajaran yang berat dan ringan supaya anak tidak berasa tertekan ketika mengulangkaji pelajaran.

# Jika anak tidak mahu membaca buku, bacakan kepada anak. Anda kena tekun membacakan buku kepada mereka supaya anak jatuh cinta pada pelajarannya.

# Jika tidak mampu mengajar anak, perlu cari alternatif seperti tuisyen. Ibu bapa juga boleh meminta bantuan guru untuk memberi lebih penerangan. Ia secara tidak langsung merapatkan hubungan ibu bapa dan guru.

# Membacakan untuk anak dan bertanyakan apa yang tidak mereka fahami ternyata sesuatu yang menarik jika anda memahami kehendak serta perkembangan jiwa mereka.


0 Komen:

Sila Komen Dengan Tinggalkan Nama



Carian Artikel


Terdapat ribuan artikel kesihatan, perkahwinan, tips rumahtangga, keibubapaan, keagamaan, kaunseling dll dalam simpanan. Sila buat carian artikel yang diingini.


Seni Pancutkan Isteri. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Rahsia Doa Pengasih. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Seni Melambatkan Pancutan. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan. Keterangan lanjut,sila klik sini.


Nak Berhenti Merokok? Ada caranya. Sila klik sini.

 

Talian Nur 15999

Talian Nur 15999 dikelolakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berfungsi memberikan khidmat bantuan kepada orang ramai berkaitan isu-isu sosial termasuk kes dera dan keganasan rumah tangga, bencana alam, kebajikan dan penjagaan serta isu berkaitan keluarga dan masyarakat.

Pengikut

Komen Tetamu