Kapalterbang penumpang milik syarikat Iran, Caspian Airlines terhempas di barat laut negara teluk itu semalam, menyebabkan 168 penumpang dan anak kapal terbunuh, lapor media.
Jurucakap pertubuhan penerbangan Iran, Reza Jafarzadeh, memberitahu stesen televisyen tempatan, pesawat Tupolev buatan Russia itu membawa 153 penumpang dan 15 anak kapal ketika ia terhempas.
Pengarah Perkhidmatan Kecemasan Qazvin, Hossein Behzadpour, berkata: "Semua penumpang dan anak kapal berkemungkinan besar terbunuh," katanya.
Seorang jurucakap Penerbangan Caspian di Yerevan berkata, kebanyakan penumpang berketurunan Armenia, manakala beberapa warga Georgia juga menaiki pesawat itu. Tidak dapat dipastikan jika ada penumpang negara lain turut menaikinya.
Stesen televisyen turut menunjukkan rakaman serpihan pesawat dan anggota badan mangsa nahas.
"Ia adalah nahas yang besar dengan serpihan pesawat bertaburan di kawasan seluas kira-kira 200 meter persegi. Letupan yang berlaku menyebabkan kawah sedalam 10 meter terbentuk," kata seorang anggota bomba kepada stesen televisyen kerajaan Iran.
Sebuah lagi stesen televisyen turut menunjukkan kawah besar di kawasan ladang dipenuhi serpihan logam yang bertaburan di sekelilingnya. Asap dilihat berkepul ketika polis dan orang ramai meninjau lokasi kejadian.
Agensi berita rasmi Iran, IRNA melaporkan, pesawat malang itu sedang dalam perjalanan dari Teheran menuju Yerevan di Armenia, apabila ia terhempas jam 11.33 pagi waktu tempatan berhampiran bandar Qazvin.
"Pesawat terhempas 16 minit sesudah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini," kata agensi itu.
Agensi Berita Fars memetik kenyataan seorang pegawai kanan wilayah, Sirous Saberi yang berkata, pesawat berkenaan menghadapi masalah teknikal dan cuba membuat pendaratan cemas.
"Malangnya pesawat itu terbakar di udara dan terhempas. Pelbagai serpihan kecil pesawat dapat dilihat di atas tanah," katanya.
Ketua polis Qazvin, Massoud Jafari memberitahu IRNA: "Bukti menunjukkan bahawa pesawat ini musnah sama sekali". � Reuters
Caspian Airlines terhempas, 168 terbunuh
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Carian Artikel
Terdapat ribuan artikel kesihatan, perkahwinan, tips rumahtangga, keibubapaan, keagamaan, kaunseling dll dalam simpanan. Sila buat carian artikel yang diingini.

Seni Pancutkan Isteri. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Rahsia Doa Pengasih. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Seni Melambatkan Pancutan. Keterangan lanjut, sila klik sini.
Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan. Keterangan lanjut,sila klik sini
Nak Berhenti Merokok? Ada caranya. Sila klik sini

Pancutkan Suami. Keterangan lanjut, sila klik sini.
















0 Komen:
Sila Komen Dengan Tinggalkan Nama