Isteri tidak hormat suami setelah menjawat jawatan besar

saya suami berusia 30-an dan bekerja sendiri. Saya dan isteri berkahwin dua tahun lalu selepas kami berkenalan ketika menuntut di pusat pengajian tinggi. Ketika itu dia periang dan baik budi pekerti.

Malangnya, sekarang tidak lagi. Isteri saya tidak menghormati saya sebagai suaminya.

Segala-galanya berpunca apabila dia menjawat jawatan besar dalam kerjayanya selepas menyambung pengajian di luar negara.

Diringkaskan cerita, pendapatan isteri saya lebih banyak daripada saya dan itu yang saya rasa menyebabkan dia berasa lebih hebat hingga tidak lagi menghormati saya.

Berikut saya ringkaskan kesalahan isteri saya:


# Suka meninggikan suara dan menengking apabila bercakap dengan saya.

# Tidak berpakaian mengikut ajaran Islam. Bila saya tegur, dia tak mahu ikut.

# Tidak menghormati orang lebih tua, termasuk anggota keluarga.

# Kalau saya menelefonnya, dia selalu marah dan mengherdik saya. SMS yang saya hantar langsung tidak dibalas.

# Suka boros berbelanja bersama rakannya yang kebanyakannya bergaji besar.

Apabila saya ajukan masalah saya kepada mentua saya, mereka memberitahu tidak mampu berbuat apa-apa. Saya hairan dengan jawapan itu kerana bagi saya, mereka sepatutnya boleh membantu dengan menasihati isteri saya.

Saya cuba bincangkan masalah ini secara baik dengan isteri, termasuk mengajaknya berjumpa kaunselor perkahwinan, tapi cadangan saya ditolak.

Yang saya lihat, isteri saya kurang didikan agama. Mungkin ini yang menjadi masalah utamanya. Bantulah saya Dang Setia, apa patut saya lakukan untuk melihat isteri saya kembali seperti dulu. Saya sayangkan rumah tangga saya.


SUAMI DILEMA
Ipoh, Perak

-------------------------

Berdasarkan makluman saudara, nyata sikap isteri saudara keterlaluan dan berdosa mengikut hukum Islam. Namun, tidak adil untuk sekadar menyalahkan dia. Persoalannya, mengapa dia boleh jadi begitu dan mampukah sikap negatifnya berubah?

Apabila saudara menyatakan isteri selalu marah dan menengking saudara, izinkan Dang Setia bertanya, mengapa sampai terjadi begitu?

Bukankah ada juga kemungkinan saudara turut bersalah kerana tidak membendung perkara itu sejak awal perkahwinan sehingga isteri ‘naik tocang’.

Biarpun dia belajar lebih tinggi dan gaji lebih lumayan, dia masih perlu patuh kepada saudara. Dang Setia tidak bermaksud ingin meletakkan kesalahan ke atas saudara, namun sekadar ingin mengetengahkan perkara untuk saudara fikirkan kerana mungkin boleh memberi manfaat.

Biasanya isteri hilang hormat terhadap suami apabila sejak awal perkahwinan lagi suami tidak menegur kesilapannya., mungkin kerana sayang atau disebabkan anggapan ia perkara kecil.

Namun, selepas tempoh lama dan apabila isteri terbiasa dengan sikap itu, baru suami berasa kurang senang dan mula memarahi isteri serta ingin isteri berubah sikap.

Ada juga kes isteri tidak hormat suami berpunca daripada sikap suami yang hanya mahu dia dihormati, tetapi tidak pernah menghormati hak isterinya.

Justeru, saudara perlu berubah dalam usaha mengubah sikap isteri. Maksudnya, saudara perlu berani dan tegas untuk memperbetulkan kesilapannya. Tunjukkan sikap saudara sebagai pemimpin rumah tangga.

Dang Setia bukan membicarakan soal ini atas dasar gender, tetapi sekadar menyatakan tuntutan agama Islam. Ini kerana mengikut Islam, seorang suami wajib menjadi pemimpin kepada isterinya.

Isteri yang berdosa kepada Allah berhak dijatuhi hukuman. Jika saudara sebagai suami cuba memperbetulkan kesilapannya tetapi isteri masih degil, Dang Setia berpendapat tidak salah jika saudara menjatuhkan talak terhadapnya.


0 Komen:

Sila Komen Dengan Tinggalkan Nama



Carian Artikel


Terdapat ribuan artikel kesihatan, perkahwinan, tips rumahtangga, keibubapaan, keagamaan, kaunseling dll dalam simpanan. Sila buat carian artikel yang diingini.


Seni Pancutkan Isteri. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Rahsia Doa Pengasih. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Seni Melambatkan Pancutan. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan. Keterangan lanjut,sila klik sini.


Nak Berhenti Merokok? Ada caranya. Sila klik sini.

 

Talian Nur 15999

Talian Nur 15999 dikelolakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berfungsi memberikan khidmat bantuan kepada orang ramai berkaitan isu-isu sosial termasuk kes dera dan keganasan rumah tangga, bencana alam, kebajikan dan penjagaan serta isu berkaitan keluarga dan masyarakat.

Pengikut

Komen Tetamu