Kita sering mendengar mengenai kata-kata 'kita adalah apa yang kita makan'. Sekali imbas, ia membawa maksud corak pemakanan yang diambil terpancar pada badan dan kesihatan kita khususnya. Jika banyak mengambil makanan berlemak, badan akan membesar dan mungkin memberi kesan tidak baik kepada penampilan.
Begitu juga andai terlalu menjaga pemakanan sehingga menyebabkan kekurangan zat, juga tidak baik untuk badan melakukan kegiatan harian kerana kekurangan tenaga dan seterusnya anda berkemungkinan besar ditimpa penyakit.
Sehubungan itu, adalah penting menjaga pemakanan sebelum penyakit menjengah kerana corak pemakanan yang sihat berserta bahan makanan bermutu tentunya membekalkan zat terbaik untuk badan sekali gus menyumbang kepada keadaan kesihatan yang unggul.
Makanan organik antara yang terbaik untuk diambil kerana ia bebas daripada sebarang racun atau bahan kimia yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan badan.
Eksekutif Sous Chef Hotel & Tower Sheraton, Subang, Zainal Ahmad, berkata makanan organik adalah makanan yang boleh diambil oleh semua individu tanpa perlu berasa ragu mengenai kandungan bahan asing yang boleh membawa kesan buruk kepada kesihatan.
“Makanan organik adalah makanan yang dihasilkan dari mula hingga akhir tanpa menggunakan racun serangga atau bahan kimia berbahaya. Jadi, sama ada kanak-kanak, orang dewasa atau ibu mengandung, mereka boleh mengambil makanan organik ini,” katanya ketika ditemui pada sesi promosi makanan organik di Terazza Brasseri di hotel berkenaan, baru-baru ini.
Zainal berkata, masyarakat juga kini mula memberi perhatian terhadap pengambilan makanan kerana menyedari makanan yang datang daripada sumber yang sihat akan membekalkan kesihatan lebih baik kepada tubuh badan mereka.
“Makanan organik lazimnya dihasilkan berdasarkan standard produksi yang dikawal ketat untuk menjamin mutu makanan berkenaan. Malah makanan organik bukan saja dirujuk kepada sayur-sayuran kerana ia boleh juga dirujuk kepada buah atau bijirin.
“Paling mengesankan, makanan organik kaya vitamin, garam galian dan serat serta berupaya menyimpan nutrien untuk jangka masa yang lebih lama,” katanya.
Sementara itu, pengunjung boleh menikmati menu berasaskan organik di Terazza Braserrie dengan lebih 15 menu dihasilkan khusus oleh Chef Zainal dan kumpulannya untuk berkongsi kebaikan makanan organik dengan pengunjung.
“Ada pelbagai jenis hidangan pembuka selera, sup, hidangan utama dan pemanis mulut yang dimasak menggunakan bahan makanan organik. Pengunjung boleh mencuba sup labu panggang dengan aloe vera, sup cendawan shimeiji hitam putih atau kacang hijau dan sup barli dengan kacang pain panggang,” katanya.
Begitupun, jika anda tidak mahu mengambil hidangan berat, cuba saja kek spirulina yoghurt mousse, puding kurma merah organik dan tart prune franzipan yang sangat menyelerakan.
“Pengambilan makanan gaya sihat dengan makanan organik dan buah akan menjadikan badan anda mempunyai daya tahan terhadap penyakit selain membekalkan nutrien yang tinggi untuk melawan jangkitan. Makanan organik adalah selamat untuk dimakan,” katanya.
Promosi hidangan menu organik ini berlangsung sehingga penghujung Julai ini di Terazza Braserrie dan pelanggan hotel berkenaan bermula jam 12 tengah hari hingga 2.30 petang. Bagi anda yang berminat mencuba hidangan berkenaan, kunjungi Terazza Brasserie atau hubungi talian 03-50316060 sambungan 1912/3 untuk tempahan.
Oleh Shaidah Shafie
Khasiat makanan organik
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Carian Artikel
Terdapat ribuan artikel kesihatan, perkahwinan, tips rumahtangga, keibubapaan, keagamaan, kaunseling dll dalam simpanan. Sila buat carian artikel yang diingini.

Seni Pancutkan Isteri. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Rahsia Doa Pengasih. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Seni Melambatkan Pancutan. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan. Keterangan lanjut,sila klik sini.
Nak Berhenti Merokok? Ada caranya. Sila klik sini.












0 Komen:
Sila Komen Dengan Tinggalkan Nama