Pemakanan & Kesihatan: Manfaat DHA

Setiap kanak-kanak mempunyai kuasa hebat untuk belajar, terutama ketika kecil dan sepanjang proses tumbesaran. Lantaran itu, ibu bapa sentiasa berhasrat setiap anak-anaknya membesar dalam keadaan sihat, cergas dan ceria tanpa sebarang penyakit.

Tumbesaran membabitkan perkembangan otak dan juga imuniti dan lazimnya, pemakanan yang betul akan membantu memupuk kuasa hebat untuk belajar di kalangan si kecil.

Sehubungan itu, kuasa asid docosahexaenoic (DHA) didapati dapat membantu menyokong sistem pertahanan badan kanak-kanak. Sistem pertahanan itu pula terdapat dalam tiga aspek penting iaitu sistem pernafasan, sistem penghadaman dan juga daya ketahanan badan terhadap jangkitan lazim.

Pengurus Besar Mead Johnson Nutrition (MNJ), Roger Dallas, berkata ketika tumbesaran kanak-kanak mudah terdedah kepada pelbagai rangsangan yang membantu sel otak untuk berkomunikasi seterusnya menyokong pembelajaran dan pemakanan seperti DHA bagi proses yang penting itu.

“Ketika anak mula belajar dan meneroka sesuatu perkara, keperluan DHA begitu penting untuk pertahanan badan bagi memastikan pembelajaran mereka tidak terganggu. Ibu bapa perlu mendapatkan maklumat penting dan memastikan anak-anak mereka mendapat maklumat betul. Pemakanan dan kandungan nutrien yang baik memberi kelebihan kepada ibu seterusnya memudahkan proses jagaan mereka nanti,” katanya pada majlis perasmian Enfagrow A+ dan Enfakid A+ di Hotel Boulevard, Mid Valley, baru-baru ini.

Turut hadir, Pengurus Produk, Kenny EK Wong; Pengurus Pemasaran, Hui Lar Har dan Pengarah Pemasaran, Seah Su Yin.

Memahami keperluan keperluan ibu dan si kecil, MNJ memperkenalkan Enfagrow A+ dan Enfakid A+ dengan lebih empat kali kandungan DHA dan Triple Protection Guard. Ia bagi memberi sokongan kepada kuasa pembelajaran anak melalui khasiat yang mencukupi kerana si kecil cergas dan cerdik ketika belajar.

Dallas berkata, selain rumusan lebih empat kali DHA iaitu DHA paling tinggi di kalangan jenama susu tepung inovasi baru itu kini dipertingkatkan dengan Triple Protection Guard yang mempunyai nutrien untuk membantu menyokong sistem pertahanan badan kanak-kanak menerusi tiga aspek iaitu pernafasan, penghadaman dan daya ketahanan.

“Triple Protection Guard yang baru dalam Enfagrow A+ dan Enfakid A+ merujuk kepada gabungan nutrien pilihan termasuk DHA, serat diet (inulin & FOS), zink, besi, vitamin A, vitamin C dan vitamin E yang penting untuk menyokong sistem pertahanan badan kanak-kanak dalam ketiga-tiga aspek ini,” katanya.

MJN memperluaskan rumusan susu tepung sebelum ini dan percaya bahawa dengan pemakanan yang betul akan membantu memupuk kuasa hebat untuk belajar di kalangan kanak-kanak. Misi MNJ ialah untuk mewujudkan jenama pemakanan dan produk yang dipercayai untuk diberikan kepada kanak-kanak untuk permulaan terbaik untuk kehidupan mereka.

Berada di negara ini sejak 1966, MNJ terus mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran premium di rantau ini dengan berdedikasi ke atas penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk terus memberi kuasa hebat kepada kanak-kanak untuk mempelajari melalui pemakanan berasaskan sains.

Enfagrow A+ dan Enfakid A+ boleh didapati dalam perasa Asli, Vanila dan Madu di semua kedai runcit utama dan farmasi di seluruh dunia. Untuk Enfagrow A+ ia boleh didapati pada harga antara RM39.80 hingga RM97, sementara Enfakid A+ pula berharga dari RM36.10 hingga RM88.


0 Komen:

Sila Komen Dengan Tinggalkan Nama



Carian Artikel


Terdapat ribuan artikel kesihatan, perkahwinan, tips rumahtangga, keibubapaan, keagamaan, kaunseling dll dalam simpanan. Sila buat carian artikel yang diingini.


Seni Pancutkan Isteri. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Rahsia Doa Pengasih. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Seni Melambatkan Pancutan. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan. Keterangan lanjut,sila klik sini


Nak Berhenti Merokok? Ada caranya. Sila klik sini


Pancutkan Suami. Keterangan lanjut, sila klik sini.

 

Talian Nur 15999

Talian Nur 15999 dikelolakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berfungsi memberikan khidmat bantuan kepada orang ramai berkaitan isu-isu sosial termasuk kes dera dan keganasan rumah tangga, bencana alam, kebajikan dan penjagaan serta isu berkaitan keluarga dan masyarakat.

Pengikut

Komen Tetamu