Resipi Udang Goreng Mentega Berkari

Resipi Udang Goreng Mentega Berkari

Bahan (untuk sajian lima orang):

10 ekor udang besar

5 biji telur (dipukul)

1 sudu besar rempah kari

Garam dan perasa secukup rasa

Lada sulah (pilihan)

3 senduk besar mentega (secukupnya untuk membuatkannya rangup dan berderai)

1/2 tin susu cair



Cara memasak:

1. Bersihkan udang (tidak perlu buang kulit).

2. Cair dan panaskan mentega seperti hendak menggoreng. Sementara menunggu mentega panas, tuangkan susu perlahan-lahan dan kacau hingga pekat.

3. Gaulkan udang, rempah kari, garam dan perasa serta lada sulah dan telur yang sudah dipukul.

4. Apabila mentega panas, masukkan semua udang berempah tadi ke dalam kuali, pastikan api tiga sukur, kaut dan sentiasa dikacau.

5. Masak sehingga udang kemerah-merahan dan telur tadi menjadi helaian (untuk mendapat aroma kari, campurkan daun kari semasa menggoreng).

5. Apabila sudah masak, toskan.

>Info

Api menggoreng hendaklah tiga sukur panas untuk mendapatkan carikan telur yang cantik dan digoreng tidak hangus manakala udang akan garing seperti yang diinginkan. Api yang kecil akan membuat telur makan minyak.


0 Komen:

Sila Komen Dengan Tinggalkan Nama



Carian Artikel


Terdapat ribuan artikel kesihatan, perkahwinan, tips rumahtangga, keibubapaan, keagamaan, kaunseling dll dalam simpanan. Sila buat carian artikel yang diingini.


Seni Pancutkan Isteri. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Rahsia Doa Pengasih. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Seni Melambatkan Pancutan. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan. Keterangan lanjut,sila klik sini.


Nak Berhenti Merokok? Ada caranya. Sila klik sini.

 

Talian Nur 15999

Talian Nur 15999 dikelolakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berfungsi memberikan khidmat bantuan kepada orang ramai berkaitan isu-isu sosial termasuk kes dera dan keganasan rumah tangga, bencana alam, kebajikan dan penjagaan serta isu berkaitan keluarga dan masyarakat.

Pengikut

Komen Tetamu