Kisah Rumahtangga - Isteri lari tinggalkan suami OKU

Razak (bukan nama sebenar) tidak peduli dengan keadaan sekeliling yang sibuk memperkatakan tentang kisah rumah tangganya. Malah sewaktu ditemui, dia redha dengan ketentuan Ilahi. Baginya kekurangan dirinya tidak seharusnya menjadi alasan kepada isterinya untuk menuntut cerai daripadanya. Namun apakan daya dia hanya insan biasa yang tidak dapat melawan dengan takdir hidupnya yang tidak selalunya indah.

Dari pandangan mata kasar, Razak sempurna sifatnya. Ada mata, hidung, sepasang kaki dan tangan. Cuma dirinya tidak berupaya untuk bercakap dan mendengar seperti orang normal yang lain. Dia dikategorikan sebagai pekak dan bisu. Oleh sebab, Razak tinggal di kampung dia tidak mendapat pendidikan yang sempurna sebagaimana anak-anak lain. Lagipun, pada zaman itu kepentingan pendidikan untuk kanak-kanak cacat sepertinya tidak begitu digalakkan dan orang tua pada zaman itu sebolehnya akan menyorokkan anak-anak mereka dari terdedah dengan dunia luar.

Setelah remaja, Razak mulai menyimpan keinginan untuk berkawan dengan teman-teman wanita yang lain. Kelebihannya, Razak mempunyai paras rupa yang segak dan mudah menawan hati remaja-remaja wanita di kampungnya. Razak sedikit pun tidak mengambil kesempatan dengan anugerah semula jadi yang ada pada dirinya itu. Entah kenapa sejak bertemu dengan gadis yang baru berpindah ke kampungnya itu, perasaan Razak mula tidak keruan. Jiwanya merontaronta bagaikan mahu mengenali gadis bernama Aridah itu. Orangnya kecil molek dan manis tutur katanya. Rupanya Razak tidak bertepuk sebelah tangan, walaupun dirinya bisu dan pekak Aridah sudi berkawan dengannya. Hampir tiga bulan mereka menjalinkan persahabatan, Razak akhirnya meminang Aridah. Hasrat Razak tidak mendapat bantahan dari mana-mana pihak. Sebaliknya mereka merestui keinginan Razak dengan sepenuh hati.

Sebaik sahaja diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri, Razak mengambil keputusan untuk tinggal berasingan dari keluarganya. Keputusan Razak mendapat bantahan ibunya, apatah lagi Aridah belum begitu mahir untuk memahami bahasa pertuturan Razak. Ibunya bimbang menantunya itu nanti tidak dapat memperoleh kata sepakat dengan suaminya apabila tinggal berasingan. Razak enggan menurut saranan ibunya malah tetap berdegil untuk keluar dari rumah keluarganya. Tetapi dia memilih untuk menyewa berdekatan dengan keluarga. Sekurangkurangnya apabila ada halhal yang tidak diingini, keluarganya dekat di sisi dan pertolongan dapat diterimanya dengan pantas. Hampir tiga tahun mendirikan rumah tangga, Razak dan Aridah dikurniakan sepasang anak-anak yang comel. Anak sulungnya seorang lelaki manakala anak keduanya perempuan.

Akibat panas baran
Pada tahun ketiga inilah rumah tangga Razak mengalami pergolakan. Aridah mulai tidak memahami Razak, apatah lagi pada masa ini Razak tidak mempunyai pendapatan yang tetap. Dia sekadar bekerja di kampung dengan pendapatan yang tidak menentu. Selama tiga tahun Aridah cuba bersabar dengan perangai suaminya. Razak memanglah seorang lelaki yang baik dan cukup disanjungi oleh masyarakat kampung itu kerana kerajinannya. Sebaliknya Aridah tidak dapat bertahan dengan keegoan yang ada pada diri suaminya itu. Pantang tersilap sedikit, pasti isterinya itu akan menjadi mangsa pukulan Razak. Sikap panas barannya itulah membuatkan Aridah kerap kali berkecil hati. Tetapi marahnya itu tidak dapat diluahkan kepada sesiapa. Jika dimaklumkan kepada ibunya pasti mereka tidak akan mempercayai kata-katanya itu.

Suatu hari Aridah memasakkan makanan kegemaran suami. Kesibukannya menguruskan hal di dalam rumah di samping menjaga dua orang anak kecilnya itu membuatkan Aridah terlupa untuk menghidangkan makanan kegemaran suaminya itu. Akibatnya makanan yang telah siap dimasaknya itu dibuang di dalam tong sampah. Aridah benarbenar patah hati dengan perangai suaminya itu. Bukan dia tidak pernah cuba berbaikbaik dengan suami, malangnya usahanya itu hanya dipandang dingin oleh suaminya.

Aridah cuba mencari apakah cara terbaik untuk memberitahu suami tentang perasaannya ketika itu. Akhirnya dia cuba mencari kedamaian dengan caranya yang tersendiri. Aridah mula menyibukkan dirinya dengan berniaga kain di kampungnya. Ketika itulah dia dapat melupakan masalahnya. Ternyata perniagaannya mendapat sambutan yang hangat dari orang kampungnya. Dari satu rumah ke satu rumah dia bertamu sampai sebelah malam barulah dia pulang ke rumah. Aridah tidak mempunyai masalah kerana kedua-dua orang anaknya itu diletakkan di bawah pengawasan ibu mentuanya.

Dalam sibuk berniaga inilah, Aridah telah berkenalan dengan seorang lelaki. Puas dia cuba menepis setiap godaan lelaki tadi. Setiap kali ditepisnya, ada sahaja perbuatan Razak yang menyakitkan hati. Akhirnya dia terpaksa juga meluahkan isi hati kepada lelaki yang benar-benar mahu mendengar rintihannya itu. Bagaikan ada kuasa yang membisikkan ke hatinya, Aridah kemudian lari meninggalkan suami keseorangan. Jauh dia pergi bersama dua orang anak-anaknya itu. Tinggallah Razak keseorangan tanpa isteri dan anakanaknya. Masa terus berlalu, anak-anak Razak pun telah dewasa dan kembali mencarinya. Namun, sampai hari ini bekas isterinya itu tidak pernah sekalipun datang menjenguknya.

~ Mingguan Wanita

6 Komen:

Sky net berkata...

Participated with us in the definition of this danger
Swine flu h1n1 virus h1n1
http://h1n1h5n1virus.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

Sian si razak nie..dia tertekan berkaitan 'income' tak mencukupi.. kot.. untok menampong keperluan harian keluarga nya ..kes wang tak mencukupi ni..selalu jadi permasaalahan dlm perihal rumah tangga ...membuat tekanan emosi menjadi jadi..hilang pertimbangan..serabut kepala dan hati hingga... hingga yg '0I0' tak baggun.

Tapi kalo cacat nya tu..tak lah merana sangat..jgn yg 'oIo' tak mahu tunjok langit dah laa.. bila hati mahu mahu..dia dok tidoq aje..lagi haru..tanah kita punya..org memajak..ini yg buat bini kecurangan,,lari malam..cari ketenagan.. macam Arida tu mecari ketenangan dgn memenohkan masa untok berniaga sambil menambah rezeki..drp menunggu ia nya dtg bergolek ke atas riba..tapi biasa lah dunia nie..di luar sana..penoh dgn pancaroba hidup..

Tanpa Nama berkata...

Kan oku tu serba kekurangan..pasti ada kekurangan dan kebolehan ..bila kawin dgn mereka ..kita (yg sempurna) kena lah melalui pergolakan-kepayahan hidup.. semasa yg tak menentukan dgn tabah. (kdgkala bila terasa berkurangan-oku ni rasa bersalah ..sedih akan kecacatan diri sendiri- "sedikit percikan cahaya-api akan membuat dia 'terbakar' ....tension)..org oku ni (segelintir) walau jadi pak lebai, barangkali kemahuan ..keinginan dia sama dgn org yg normal..mungkin ada yg melebehi kehebatan nya lagi...nafsu kehidupan macam org biasa atau lebeh lagi.

Yg aku tahu ada yg kawin sesama blind..pelajaran ugama bacaan hukum hakam 1001% perpects.. barangkali tapi ada kecurangan..bercerai cari yg blind atau normal (yg bersedia serah diri)ada steady icome..anak bersama bini pertama di tinggalkan..

Tanpa Nama berkata...

...ala org dulu kebanyakan hati lurus lurus..seolah olah boleh jalan atas ayer atau pijak semut pun tak mati ..memang lah kesian kesian dgn org blind nie..lagi pun masa tu tak ramai..kalo ada pun mereka di simpan atau kunci dlm rumah ..berkeadaan sendiri buat sendiri tanggong..bukan macam sekarang ni kita buat orang tanggong atau di sebalik nya...mereka ini di jadikan oleh ALLAH oleh sebab2 tertentu ..sama jugak.. kalo kita kuat 'main yg haram' penderita untok pemulihan akan di azabkan terawal atas dunia..drp ahkirat..itu pun kalo ALLAH maseh sayangkan kita...kalo idak bertambah merana di neraka kelak..

Tanpa Nama berkata...

alhamdullilah ,,,,walau pun oreng OKU ni di anggap "sepi"..barangkali juga di pandang 'rendah' - seolah olah ' sampah masyarakat ' seakan akan membebankan -menyusahkan masyarakat tak di hargai-kehendaki atas kecelakaan berkebolehan diri, selalu nya di kurong -kunci dalam rumah berndirian.pada awalan 70an seterusnya...tapi kini tapi kini perubahan amat ketara samsekali oleh kerajaan malaysie - JKM. Zaman millenium ini ada yg berperlajaran tinggi hingga ke universiti. syabas.. kita manusia di jadikan sama walau pun tampak berbeza dlm diri dan capabilities, semalam aku ke RHB tunjok kad OKU (kes vertigo SNHL) di benarkan berurus serta merta tampa berpeluh untok 'line up' macam dulu2. lepas tu aku ke jpj shah alam ,di arah ke unit pelanggan pintu ompek ..lesen serta lain2 dokumentation diterima dgn mudah dan di bereskan sekejab aje...memang aku terkojot riak sama sekali atas services yg amat baik ini..tak ku sangka kan jadi secepat bagini berbanding masa dulu2 yg menyakitkan diri..seolah olah belum panas sofa yg didudoki..mak oii zaman nie orang OKU ni dapek layanan VIP, serperti semasa zaman dulu dulu 60an keatas..nampak nye dimalaysie ini OKU dah diberkati.. dah diberi perhatinan yg terperinci..tampak nye pemikiran kerajaan malaysie dah celek dan sedar diri - berperhatianan samasekali terhadap insan yg kurang upaya nie..Thankyou JPJ ..kerajaan malaysia..(kata jo)

Tanpa Nama berkata...

Itu lah sobab nyo pendatang asing normal atu tak normal dateng ke sorga duni0 di sini ...agak nyo lah..di mano rakyat 'Lebon' tu berkeadaan OKU kes mahkamah syariah skrg nie.. tak habis2 tu..dapek lak bekawin dgn awek cun mudo lak tu (iri bonar aku) (tak tahu lah ilmu apo yg dio pakei hingga awek muda solid molid ado rupa terpiket dgn insan yg tak menentu kedudokan hidup nyo..) dah lak tu bukan mukrim seagamo lak tu..dapek dio raso mengali telago minyak origenal lak tu..terkilan ati ku ..sodeh sodeh lah aku nak ...

Sila Komen Dengan Tinggalkan Nama



Carian Artikel


Terdapat ribuan artikel kesihatan, perkahwinan, tips rumahtangga, keibubapaan, keagamaan, kaunseling dll dalam simpanan. Sila buat carian artikel yang diingini.


Seni Pancutkan Isteri. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Rahsia Doa Pengasih. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Seni Melambatkan Pancutan. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan. Keterangan lanjut,sila klik sini


Nak Berhenti Merokok? Ada caranya. Sila klik sini


Pancutkan Suami. Keterangan lanjut, sila klik sini.

 

Talian Nur 15999

Talian Nur 15999 dikelolakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berfungsi memberikan khidmat bantuan kepada orang ramai berkaitan isu-isu sosial termasuk kes dera dan keganasan rumah tangga, bencana alam, kebajikan dan penjagaan serta isu berkaitan keluarga dan masyarakat.

Pengikut

Komen Tetamu