Mut’ah bayaran sagu hati untuk isteri dicerai

Mut’ah bayaran sagu hati untuk isteri dicerai

SAYA diceraikan suami sejak sebulan lalu. Saya dinasihatkan rakan sekerja bahawa selain berhak menuntut nafkah Iddah, saya juga berhak menuntut mut’ah. Saya tidak pernah tahu bahawa seseorang perempuan yang diceraikan boleh menuntut mut’ah. Apakah itu mut’ah dan adakah saya berhak menuntutnya?

Nurbaya

--------

Saya percaya bukan puan saja yang tidak pernah tahu mengenai kewujudan mut’ah, malah ramai lagi wanita masih tidak tahu apakah hak mereka selepas diceraikan terutama hak terhadap Mut’ah. Mut’ah adalah hak pemberian yang diwajibkan oleh hukum syarak selepas isteri diceraikan tanpa sebab yang patut oleh suaminya. Seksyen 2 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan 1984 mentafsirkan mut’ah sebagai bayaran sagu hati yang diberi suami kepada isteri dari segi hukum syarak kepada isteri yang diceraikan.

Tujuan pensyariatan Mut’ah dalam Islam adalah untuk menutup rasa malu yang dialami isteri selepas diceraikan, menghindarkan fitnah dan juga menjadi asas untuk isteri memulakan kehidupan bersendirian tanpa suami selepas diceraikan. Ini kerana seorang isteri pada kebiasaannya akan berdepan kepayahan untuk hidup bersendirian kerana ketika tempoh perkahwinan hidup bergantung kasih kepada suami.



Selain itu, mut’ah disyariatkan bagi menghilangkan prasangka buruk bahawa seseorang isteri itu diceraikan bukanlah kerana keaiban pada dirinya sendiri, maka itulah tujuannya wajibnya mut’ah ke atas suami. Bagaimanapun, asas pemberian mut’ah dan juga kadarnya berdasarkan keredaan kedua-dua pihak suami isteri. Jika kedua-duanya tidak dapat mencapai persetujuan, maka mahkamah mempunyai kuasa untuk menentukan kadar mut’ah berdasarkan ke-mampuan dan pendapatan suami.

Hak mut’ah ini berdasarkan kepada firman Allah dalam surah Al-Baqarah dalam ayat 241 yang bermaksud; “Dan isteri-isteri yang diceraikan berhak mendapat mut’ah dengan cara yang patut sebagai satu tanggungan yang wajib bagi orang-orang yang bertaqwa”.

Seksyen 56 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan 1984 memperuntukkan bahawa selain haknya untuk menuntut nafkah, seseorang wanita yang diceraikan tanpa sebab yang patut oleh suaminya boleh menuntut mut’ah atau pemberian sagu hati kepada mahkamah. Mahkamah boleh, selepas mendengar hujah kedua-dua pihak itu dan apabila berpuas hati bahawa isteri diceraikan tanpa sebab yang patut, boleh memerintahkan si suami membayar sejumlah wang yang wajar dan patut mengikut hukum syarak.

Oleh yang demikian, puan sebenarnya berhak untuk memohon tuntutan mut’ah. Tuntutan hendaklah dibuat dengan cara memfailkan permohonan puan di Mahkamah Syariah, yang kemudiannya akan mendengar permohonan puan melalui perbicaraan di hadapan hakim dan saksi yang dikemukakan. Dokumen berkaitan hendaklah dikemukakan ketika perbicaraan bagi membolehkan mahkamah membuat keputusan yang sewajarnya.

Adalah diingatkan bahawa walaupun puan berhak membuat tuntutan mut’ah, jumlah tuntutan itu dan kelayakan puan untuk menerima mutaah akan ditentukan mahkamah jika terdapat tentangan daripada pihak suami. Mut’ah juga akan ditentukan berdasarkan kadar munasabah mengikut kemampuan dan pendapatan suami puan.

Saya berharap jawapan saya ini dapat membantu puan dan mana-mana pasangan lain yang masih tidak memahami hak terhadap mut’ah. Saya juga menasihatkan puan sebelum membuat permohonan itu, sila puan dapatkan khidmat nasihat peguam Syarie yang bertauliah bagi melancarkan permohonan puan.

Jawapan ini disediakan oleh Exco Penerbitan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Yusmawati Abllah

0 Komen:

Sila Komen Dengan Tinggalkan Nama



Carian Artikel


Terdapat ribuan artikel kesihatan, perkahwinan, tips rumahtangga, keibubapaan, keagamaan, kaunseling dll dalam simpanan. Sila buat carian artikel yang diingini.


Seni Pancutkan Isteri. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Rahsia Doa Pengasih. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Seni Melambatkan Pancutan. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan. Keterangan lanjut,sila klik sini


Nak Berhenti Merokok? Ada caranya. Sila klik sini


Pancutkan Suami. Keterangan lanjut, sila klik sini.

 

Talian Nur 15999

Talian Nur 15999 dikelolakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berfungsi memberikan khidmat bantuan kepada orang ramai berkaitan isu-isu sosial termasuk kes dera dan keganasan rumah tangga, bencana alam, kebajikan dan penjagaan serta isu berkaitan keluarga dan masyarakat.

Pengikut

Komen Tetamu