Osteoporosis bebanan usia tua

Aminah mengalami keretakan tulang selepas terjatuh di dalam bilik air dan rawatan di hospital mendapati beliau disahkan menghidap penyakit tulang rapuh atau osteoporosis. Berita berkenaan mengejutkan wanita berusia 59 tahun itu yang tidak pernah tahu akan kewujudan osteoporosis, penyakit yang sering dikaitkan dengan peningkatan usia.

Berbanding penyakit kronik lain seperti jantung, barah dan kencing manis, osteoporosis sering dipandang ringan, malah mungkin ramai yang tidak pernah dengar mengenainya. hakikatnya, penyakit yang menyebabkan kerapuhan tulang itu dialami 200 juta wanita di seluruh dunia. Di Malaysia pula, dianggarkan sejuta orang berhadapan risiko osteoporosis dengan 20 peratus daripadanya lelaki.

Pada 1997, kejadian keretakan pinggul di Malaysia di kalangan mereka yang berusia 50 tahun ke atas adalah dalam nisbah 90 bagi setiap 100,000 individu dan wanita adalah antara tiga hingga lima kali lebih berisiko mengalami masalah keretakan pinggul berbanding lelaki.

Presiden Persatuan Kesedaran Osteoporosis Kuala Lumpur (OASKL), Dr Lee Joon Kiong, berkata satu daripada tiga wanita, khususnya yang berusia 55 tahun ke atas dan satu daripada lima lelaki menghidap osteoporosis, manakala 25 peratus warga tua yang dikenal pasti mempunyai penyakit itu, meninggal dunia akibat keretakan tulang.

"Statistik terbaru ini menunjukkan bilangan pesakit mengalami osteoporosis semakin meningkat, tetapi kesedaran awam mengenainya masih rendah. Apa yang membimbangkan penyakit yang dianggap pembunuh senyap di kalangan warga emas itu dijangka akan terus menjadi beban berikutan peningkatan usia penduduk dunia.

"Sehubungan itu, pelbagai lapisan usia masyarakat khususnya golongan muda perlu didedahkan dengan risiko penyakit ini dengan lebih kerap," katanya pada Majlis Pelancaran OASKL, di ibu negara, baru-baru ini.

Kajian mendapati 25 peratus wanita meninggal dunia dalam tempoh lima tahun selepas mengalaminya, manakala selebihnya lumpuh dan terpaksa hidup bergantung kepada tongkat.

Antara punca osteoporosis ialah kekurangan kalsium. Wanita yang kurang minum susu, pembekal utama kalsium dan enggan terdedah kepada sinar matahari, menghalang tubuh daripada mendapat vitamin D secara semula jadi. Krim penghalang sinar matahari dengan kadar sekurang-kurangnya SPF 10 mampu menghalang 90 peratus sinar matahari yang diperlukan tubuh.

Gaya hidup tidak sihat seperti menghisap rokok, mengambil alkohol, pemakanan tidak seimbang dan tidak bersenam turut didapati menyebabkan kehilangan isi padu atau kepadatan tulang.



Di kalangan wanita yang merokok, tabiat berkenaan ‘membantu' menurunkan tahap estrogen yang secara tidak langsung menyebabkan kehilangan kepadatan tulang sebelum putus haid.

Selain itu, kajian mendapati 60 peratus kes osteoporosis turut disebabkan faktor genetik. Ini bermakna mereka yang mempunyai sejarah seperti ibu mengalami osteoporosis, berisiko tinggi menghidapi penyakit itu kelak, justeru langkah pencegahan perlu dilakukan sejak awal bagi mengelakkan atau mengurangkan risikonya.

Begitu pun, Dr Lee berkata, penyakit tulang rapuh tidak wajar dianggap sebagai penyakit yang dihidapi golongan tua saja memandangkan ia juga berisiko dialami golongan muda seiring peningkatan usia mereka.

INFO:

Osteoporosis

* Mengurangkan kemampuan tubuh menggantikan tulang lama dengan yang baru.
* Berlaku akibat kehilangan isi padu tulang yang sekali gus menyebabkan ia mudah retak.
* Osteoprosis berlaku dalam tempoh lama. Pesakit boleh merasakan kesakitan hanya kerana duduk terlalu lama, berdiri, batuk malah mendakap orang yang disayangi juga boleh menyebabkan keretakan.
* Ramai menyangka mereka tidak akan mengalami osteoporosis jika mengekalkan kesihatan dan gaya hidup aktif. Malangnya osteporosis adalah penyakit senyap tanpa petanda awal. Pesakit tidak berasa sakit sehingga mereka mengalami keretakan tulang.

Cara mencegah:

* Bersenam yang kerap dan teratur membantu menguatkan tulang dan otot sekali gus mencegah kehilangan kepadatan tulang.
* Kegiatan seperti berjalan, berlari, bermain tenis atau menari adalah antara senaman yang baik untuk mencegah osteoporosis.
* Selain itu, diet yang diperkaya kalsium membantu menguatkan tulang. Produk tenusu, roti sayur-sayuran berdaun hijau antara makanan kaya kalsium.
* Mengambil vitamin D juga penting kerana ia membantu tubuh menyerap kalsium. Punca vitamin D semula jadi adalah cahaya matahari.
* Tiada rawatan untuk osteoporosis, namun kombinasi perubahan gaya hidup dan ubat-ubatan membantu memperlahankan masalah itu.

0 Komen:

Sila Komen Dengan Tinggalkan Nama



Carian Artikel


Terdapat ribuan artikel kesihatan, perkahwinan, tips rumahtangga, keibubapaan, keagamaan, kaunseling dll dalam simpanan. Sila buat carian artikel yang diingini.


Seni Pancutkan Isteri. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Rahsia Doa Pengasih. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Seni Melambatkan Pancutan. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan. Keterangan lanjut,sila klik sini


Nak Berhenti Merokok? Ada caranya. Sila klik sini


Pancutkan Suami. Keterangan lanjut, sila klik sini.

 

Talian Nur 15999

Talian Nur 15999 dikelolakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berfungsi memberikan khidmat bantuan kepada orang ramai berkaitan isu-isu sosial termasuk kes dera dan keganasan rumah tangga, bencana alam, kebajikan dan penjagaan serta isu berkaitan keluarga dan masyarakat.

Pengikut

Komen Tetamu