Risiko Berat Bayi Ketika Lahir

Makrosomia berkait keturunan

Apakah risiko yang biasanya dihadapi ibu dan bayi yang dilahirkan melebihi empat kilogram (kg) berbanding bayi lebih kecil?

Adakah tahap kesihatan bayi bergantung kepada berat ketika dia dilahirkan? Misalnya, adakah bayi yang mempunyai berat 3.5 kg dikatakan lebih sihat berbanding bayi 2.8 kg?


------------------

Bayi yang dilahirkan melebihi empat kilogram atau melebihi berat pada titik persentil ke-90 populasi tempatan dikategorikan sebagai makrosomia.

Kebanyakan bayi Malaysia mempunyai berat lahir di antara 2.8 dan 3.6 kg bagi anak pertama, namun julat yang lebih besar iaitu antara 2.5 dan 3.8 kg masih boleh diterima sebagai berat lazim.

Bayi makrosomia boleh berkait dengan keturunan iaitu ibu atau bapa bayi ini tinggi, namun lebih lazim disebabkan oleh penyakit diabetes mellitus (kencing manis) yang dialami ibu sewaktu kehamilan itu, lebih-lebih lagi jika paras gula dalam darahnya sentiasa tinggi iaitu tidak dikawal baik.



Penyakit diabetes ini boleh sama ada dialami hanya sewaktu kehamilan saja atau sememangnya sudah sedia dihidapi ibu berkenaan.

Bayi makrosomia boleh juga berkait dengan usia kandungan lebih hari, sejarah abang atau kakaknya juga dilahirkan besar, penambahan berat badan yang berlebihan sewaktu kehamilan terbabit serta bayi lelaki juga didapati lebih berat berbanding bayi perempuan dengan rupa dan saiz yang sama.

Sewaktu kehamilan, ibu yang didapati berisiko mempunyai diabetes mellitus diminta menjalani ujian saringan toleransi glukosa.

Darah diambil setelah berpuasa, kemudian ibu itu diberi minuman glukosa dalam kuantiti ditentukan (75 gram) dan ujian darah paras glukosa diulangi selepas dua jam itu, rawatan bersesuaian akan diberikan.

Pada masa sama, setiap ibu (walaupun tanpa diabetes) akan dipantau perkembangan janinnya, menggunakan pemeriksaan klinikal dan dibantu dengan ultrabunyi janin.

Secara amnya, purata berat janin adalah sekitar satu kilogram pada usia 28 minggu, 1.5 kg pada usia 30 minggu, dua kg pada usia 32 minggu, 2.5 kg pada usia 34 minggu, tiga kg pada usia 36 minggu dan 3.3kg pada usia 38 minggu.

Ibu yang mempunyai rangka tubuh kecil lazimnya menunjukkan berat janin yang juga kecil, tetapi masih di dalam persentil yang normal, begitu juga sebaliknya.

Saiz bayi yang besar memberi risiko komplikasi kelahiran. Trauma kepada ibu seperti proses kelahiran yang lama, risiko pembedahan Caesarean, tumpah darah (kerana saiz rahim dan uri yang juga besar) dan pemindahan darah, koyakan perineum yang besar dan seumpamanya.

Bayi juga berisiko mengalami komplikasi sukar dilahirkan, impak bahu (distocia bahu) sehingga menyukarkan kelahiran dan menyebabkan tulang bahu patah atau kecederaan saraf brakial, bayi lemas dan seumpamanya. Untuk mengelakkan ini, pembedahan Caesarean lazimnya disyorkan.

Bergantung kepada saiz ibunya, beat bayi 2.8 kg berbanding 3.5 kg adalah subjektif untuk seseorang individu. Apa yang lebih penting adalah memantau kadar pembesarannya sewaktu kehamilan, itulah sebabnya penting untuk menjalani pemeriksaan antenatal secara berkala.

Dr. Adilah Ahmat

0 Komen:

Sila Komen Dengan Tinggalkan Nama



Carian Artikel


Terdapat ribuan artikel kesihatan, perkahwinan, tips rumahtangga, keibubapaan, keagamaan, kaunseling dll dalam simpanan. Sila buat carian artikel yang diingini.


Seni Pancutkan Isteri. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Rahsia Doa Pengasih. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Seni Melambatkan Pancutan. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan. Keterangan lanjut,sila klik sini


Nak Berhenti Merokok? Ada caranya. Sila klik sini


Pancutkan Suami. Keterangan lanjut, sila klik sini.

 

Talian Nur 15999

Talian Nur 15999 dikelolakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berfungsi memberikan khidmat bantuan kepada orang ramai berkaitan isu-isu sosial termasuk kes dera dan keganasan rumah tangga, bencana alam, kebajikan dan penjagaan serta isu berkaitan keluarga dan masyarakat.

Pengikut

Komen Tetamu