Wanita cantik menyihatkan lelaki
Wahai lelaki, ada berita baik untuk memastikan kesihatan terus terpelihara. Mudah saja, selalulah bertemu atau berdampingan dengan wanita cantik!
Ini dibuktikan menerusi kajian University of California seperti dipetik oleh Telegraph. Kajian mendapati kehadiran wanita cantik meningkatkan hormon testosteron dan kortisol lelaki.
Hormon testosteron berfungsi sebagai pembangkit ghairah selain meningkatkan kesihatan dan memberi tenaga. Hormon ini berada pada tahap tertinggi semasa lelaki berumur 20 tahun dan berkurang seiring pertambahan usia dan tempoh hubungan.
Kortisol pula berfungsi menurunkan ketegangan urat-urat saraf dan meningkatkan kepekaan. Jika tahap kedua-dua hormon ini sama-sama meningkat, anggota badan pun akan terasa lebih sihat.
Kajian diketuai oleh Dr. James Roney itu melibatkan 149 pelajar lelaki berusia 18 dan 24 tahun yang dipertemukan dengan wanita cantik dan tentu sekali yang memikat hati.
Selang beberapa minit pertemuan, air liur responden diambil dan diuji untuk mengetahui kadar hormon testosteron dan kortisolnya.
Di sinilah satu fakta menarik ditemui. Hanya dalam masa lima minit berbual dengan wanita cantik itu, tahap testosteron mereka meningkat hingga 14 peratus manakala hormon anti tekanan kortisol meningkat sehingga 48 peratus.
Tetapi berbeza pula apabila responden terlibat bertemu dengan rakan lelaki mereka. Tahap testosteron dan kortisolnya malah menurun sehingga 7 peratus.
Penjelasan mudahnya, semasa lelaki bertemu wanita cantik dan memikat, otaknya akan menghantar mesej pada kelenjar pituitari untuk mengeluarkan kedua-dua hormon tersebut. Ketika hormon itu tersebar ke dalam badan, sistem metabolisme akan menjadi lancar dan tubuh pun akan terasa lebih bugar.
Ternyata lebih menyihatkan tubuh badan selain tentunya membahagiakan ketika bersama wanita cantik berbanding melepak dengan rakan lelaki seperti yang selalu dilakukan oleh lelaki Malaysia di kedai-kedai mamak. - nuranilelaki@yahoo.com
Wanita cantik menyihatkan lelaki
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Carian Artikel
Terdapat ribuan artikel kesihatan, perkahwinan, tips rumahtangga, keibubapaan, keagamaan, kaunseling dll dalam simpanan. Sila buat carian artikel yang diingini.

Seni Pancutkan Isteri. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Rahsia Doa Pengasih. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Seni Melambatkan Pancutan. Keterangan lanjut, sila klik sini.
Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan. Keterangan lanjut,sila klik sini
Nak Berhenti Merokok? Ada caranya. Sila klik sini

Pancutkan Suami. Keterangan lanjut, sila klik sini.














12 Komen:
Wah! heabt tu...kalau betullah fakta ni..beruntunglah lelaki yg mmpunyai pasangan yg cantik..tp apehalnye plak pd lelaki yg pasangan wanitanye x cantik???
kalau wanita saja yang cantik, lelaki tak smart, good looking, kita pun tak suka. sama-sama lah cantik, maksudnya 2 2 mesti cantik, kalau asyik perempuan saja yang cantik, dapat pasangan semuanya tak ok, macamana. bagi saya saya memang cerewet, saya suka lelaki mcm saya luar dan dalam cantik. maksud saya jaga keseluruhannya.bukan mudah nak jadi cantik.
betul tue kalau pompuan je kena cantik camne lak laki2 yg selekeh tue kekadg bila jln kalau selekeh terus hlg mood... kita cecantik dia selamba je selekeh... nanti org kata tgk tu overnya bini dia laki dia biasa je...
hahahah kelakar2 komen kat atas
cantik, baik, sayangkan lelaki tu baru boleh jadi sihat tp kalau cantik kat mata tapi hati disakiti merana jasad dan nyawa lain minta lain dapat pandai2 lah pilih
cantik, baik, sayangkan kita yang laki ni oklah. tapi kalau setakat cantikl luar tapi asyik nyakitkan hati merana jasad dan nyawa. bukan sihat yg dapat sakit teruk lagi ada. pandai2 lah memilih.
Abih kalau istri jelita suami tak camna? kira suami semakin muda.. istri lak semakin... cuba jawabkan?
Pada hemat saya, rasanya kajian di atas tu ada kebenarannya. Sebab saya sendiri dan beberapa rakan pernah merasakannya. Rasa lebih positif dan bersemangat untuk menjalani kehidupan seharian. :)
ye ler..orang sakit akan bertambah sihat jadi nya..kalo dapt melihat pandangan semula jadi luar yg cantik lagi menarik..bunga yg berbau harum sermerbak ..cantik menawan..bemimpi2 untok di tawani..walau tangan tak kecapaian..bah kata org buta celik kembali..kao tak cantik tu letih lesu abe ajo..kalo luak cantik dalamei pun lagi menarik..
Kalau berkepit dgn makwe cantik pakaiaan lak seksi, sepanjang jalanan setiasa ada 'jantan' tak lepaskan landangan..seolah biji mata nak terkeluak..berkeinginan..mulut berkumat ,umit..(kalo lah aku dapek..tak leh nak dikatokan lagi..u all fahem2 lah) kalo awek tak menarik itu jalan slow steady dgn sepi..tak do yg hendak menghimpiti...lumrah alam tak dapek nak dipertikaikan lagi..aku nak segala gala nka cantik bini-rumah - baju kereta-anak anak yg cantik...
..kalo yg tak cantik tu tak risau sangat den..kalo die jalan seorang pun tak pa..balik lewat pun tak kisah sangat ambo. tapi kalo yg ada kecantikan tu ngeri lak di hati nak kasi die jalan jalan atau bersendirian.. takut2 di kobeh dek musang..nanti leleh ayor lior aku..mano nak cari ganti..kan senang nak dapek yg cantik nie..tengok aje dah syok...((Ampun Maaf Ku Pinta kalo ado yg terkilan...syok aje nie okey syg))..
..Selalu nye lah,lelaki tak cantik..tak handsome..dapek pompuan yg cantik cantik belaka ..solid molid..ukuran menyiurkan ..hingga termimpi mimpi di malam hari..dgn kepenatan di siang hari..dah lumrah alam semula jadi .. apa nak di iri hatikan lagi..dah termahtub di dunia ini..jadi kalo tak handsome tak perlu kecil hati..pasti bidadari akan menjelma di hadapan nanti...kesian lelaki handsome kepunan di hati..tercari ganti.
tapi perempuan tak cantik jangan risau susah hati,kalau u loaded berkemampuan dari segi memberi kemewahan pasti ada yg sedia menanti atau di rapati,yg cantik cantik nie selalu makan hati berulam jantung,pocket kena berisi,itu lah yg dicari,tak kisah lah keadaan gaya rupa lelaki yg di dampingi, asal kemahuan duniawi dapat di penohi-atasi...tepaksa tutup mata lah bila 'di jelajahi'- senyum aku sendirian dgn ayat ni.
Sila Komen Dengan Tinggalkan Nama