Cemburu buta kekasih muda

Cemburu buta kekasih muda

Cemburu buta kerana mengesyaki teman wanita keluar dengan lelaki lain ke disko, seorang lelaki sanggup bertindak ganas menjadikan kekasihnya sebagai tebusan selain melepaskan tiga das tembakan bagi meluahkan rasa amarahnya, semalam.



Lelaki terbabit yang menyambut hari jadi ke-23 semalam menyerang kekasihnya berusia 35 tahun kerana tidak dapat menerima hakikat wanita itu bermain kayu tiga.

Kejadian tebusan lebih 30 minit itu berakhir apabila lelaki terbabit yang pernah bekerja sebagai pengawal peribadi orang kenamaan (VIP) menyerah diri selepas diberi kata dua polis yang mengepung tempat kejadian.

Timbalan Ketua Polis Ampang Jaya, Superintendan Amiruddin Jamaluddin, berkata dalam kejadian jam 12.24 tengah hari itu, suspek pergi ke salun kecantikan dan dandanan rambut milik teman wanitanya di Ampang Water Front, di sini.

Difahamkan, suspek yang berasal dari Pulau Pinang naik ke tingkat atas salun terbabit untuk bertemu kekasihnya yang ketika itu ditemani dua pekerja wanitanya.

Menurutnya, pasangan terbabit bertengkar dipercayai berpunca daripada krisis peribadi menyebabkan dua kakitangan salun berkenaan melarikan diri ke tingkat bawah bangunan dua tingkat itu.

“Mungkin kerana tidak dapat menahan marah, suspek mengeluarkan sepucuk pistol sebelum melepaskan tiga das tembakan rambang yang mengenai dinding dan siling dalam salun berkenaan.

“Bunyi tembakan itu menyebabkan orang ramai yang berada berhampiran premis berkenaan terkejut sebelum memaklumkan kepada polis Ampang,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurutnya, sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, bergegas ke situ sebelum mendapati wanita terbabit dijadikan tebusan suspek yang enggan menyerah diri.



“Susulan itu, polis diketuai Asisten Superintendan Kamal Khan Mohd Shariff cuba berunding dan menggunakan kaedah diplomasi untuk memujuk suspek menyerah diri sebelum lelaki itu akhirnya akur dan meletak senjata lima minit kemudian.

“Polis yang melakukan siasatan susulan merampas pistol milik suspek selain tiga peluru hidup yang cuba disembunyikan dalam cerek elektrik di salun berkenaan sejurus kejadian,” katanya.

Menurutnya, polis masih menyiasat dari mana suspek memperoleh pistol model Walter automatik berkenaan dan memastikan sama ada dia mempunyai lesen untuk menyimpan dan menggunakan senjata api.

Amiruddin berkata, suspek yang menjalin hubungan dengan mangsa sejak beberapa bulan lalu dipercayai bergaduh akibat cemburu sebelum berlanjutan kepada tindakan melepaskan tembakan liar.

“Apa yang paling penting dalam peristiwa ini kejayaan polis menyelesaikan kes jenayah tebusan berkenaan tanpa pertumpahan darah atau menyebabkan kecederaan kepada mangsa, suspek atau polis.

“Mangsa tidak cedera walaupun dijadikan tebusan lebih 30 minit,” katanya.

Sementara itu, sepasukan anggota Forensik Selangor tiba di salun itu kira-kira jam 3 petang untuk menyiasat dan menganalisis kesan tembakan.

Sementara itu, mangsa yang berambut perang dibawa turun anggota polis sejurus diselamatkan sebelum dibawa ke IPD Ampang Jaya dengan menaiki sebuah kereta mewah.

Pada masa sama, suspek yang bertubuh tinggi dan bergari dibawa turun dari tingkat satu premis dalam keadaan kepalanya ditutup dengan tuala biru bagi mengelak wajahnya dirakam media.

Seorang lelaki yang enggan namanya didedahkan berkata, kereta mewah terbabit miliknya yang dipinjamkan kepada wanita berkenaan beberapa hari lalu sebelum ia dipandu suspek.

“Saya pernah lihat lelaki berkenaan beberapa kali, namun kami tak bertegur sapa berikutan perwatakannya yang tidak mesra. Saya hanya dimaklumkan kejadian ini tengah hari tadi dan tujuan saya hanya ingin mengambil semula kunci kereta saya yang bernilai lebih RM300,000,’ katanya.

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Hadzlihady Hassan

2 Komen:

Tanpa Nama berkata...

ITu lah dah berumor nak bermesra yg muda..* setengah yg blum matang pemikiran nya aje-bukan 100% ye* tak semua manusia tu sama dik..panas baran-belum masak..dlm kes ini,seolah olah dia telah di piggirkan - atas jasa2 yg telah diberi selama ini kot....membelakangkan 'hak dia' selama ini.jadi pengawal urusan pompuan tu kot..nampak nyo..biasa nya macam tu lah.. dah tententu ado ''udang disebalik batu''..ha ha ha..tapi utu hak demo nak melalui jalan putih atau hitam di sepanjang 'perjalanan pulang' ke infinity of life. barangkali aje mungkin ada ' pementasan gelap- lakunan - adegan' di sebalik tadbir saloon gunting rambut-kebiasaan nya -bukan 100% ye.. hingga ada yg sanggup pinjamkan kereta 3/4 juta tu..income pasti best kot..atau ado yg sanggup potong jalan sipengamok tu kot..itu hak demo dlm idup sementara nie..tapi pompuan 'Mat Salleh Asia' ni memang mempunyai tarikan ..dan tentu bisness baik punya...Ampun..maaf..gurauan pagi hari aje nie..wallahuallam

Tanpa Nama berkata...

Memang lah terharu di hati,kepiluan amat sangat,kepedihan dihati laksana kaca terhempas di batu,bila orang yg kita belai-jagai selama ini,dengan sumpah janji sehidup semati bagai menatang minyak yg penoh,tiba tiba main kayu tiga atau meninggal pergi..seolah dunia ini tidak bermakna lagi, berputar putar di pemikiran,kecik-pedih-sayu nya hati tak terperi tak dapat di gambarkan dgn perkataan semesta ini atau nak dihuraikan lagi..bagai dunia ini tidak bermakna lagi,mungkin ada yg sanggup *memakan diri* sendiri untok mati atau bercadang nak terjun Klcc.

Kes mendua ini, kebiasaan nya - manusia akan hilang pertimbangan diri -tidak sedarkan perilakuan diri,hingga kecelakaan terjadi tampa direlai...kalu boleh cuba bayangkan diri sendiri, keadaan kalau diri dipermainkan - lalu di tinggalkan-terasa seksa nya hati -naluri..dont be so sorry be happy..okey..smm

Sila Komen Dengan Tinggalkan Nama



Carian Artikel


Terdapat ribuan artikel kesihatan, perkahwinan, tips rumahtangga, keibubapaan, keagamaan, kaunseling dll dalam simpanan. Sila buat carian artikel yang diingini.


Seni Pancutkan Isteri. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Rahsia Doa Pengasih. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Seni Melambatkan Pancutan. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan. Keterangan lanjut,sila klik sini.


Nak Berhenti Merokok? Ada caranya. Sila klik sini

Pancutkan Suami. Keterangan lanjut, sila klik sini.

 

Talian Nur 15999

Talian Nur 15999 dikelolakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berfungsi memberikan khidmat bantuan kepada orang ramai berkaitan isu-isu sosial termasuk kes dera dan keganasan rumah tangga, bencana alam, kebajikan dan penjagaan serta isu berkaitan keluarga dan masyarakat.

Pengikut

Komen Tetamu