Pencinta kucing


Pengalaman luas dalam bidang veterinar ternyata menjadi kelebihan kepada Dr Jawaher Ahmad, 45, untuk menguruskan empat pusat pemeriksaan, rawatan, penjagaan dan pembiakan kucing di Kuantan, Pahang.

Mendapat sokongan suami, Dr Mohd Zuhari Othman, beliau kini mampu berbangga dapat memberi perkhidmatan secara profesional dengan bayaran berpatutan.

"Saya mula terbabit dengan perniagaan berkaitan kucing ini sejak tujuh tahun lalu. Saya dan suami membuka kedai pertama di Taman Guru Jalan Gambang-Kuantan yang menyediakan pelbagai perkhidmatan rawatan dan pemeriksaan.

"Selepas mendapat sambutan menggalakkan, saya membuka satu lagi kedai Cat Care Centre di Alor Akar, Kuantan, termasuk satu lagi cawangan yang akan beroperasi bulan depan di Indera Mahkota, Kuantan.




"Tahun depan, saya akan membuka sebuah kompleks yang menyediakan semua perkhidmatan untuk kucing berharga lebih RM400,000 di Tanjung Lumpur, Kuantan," katanya yang berkelulusan Universiti Putra Malaysia.

Dr Jawaher berkata, bayaran berpatutan antara RM10 hingga RM1,000 bergantung kepada jenis perkhidmatan menjadi faktor utama kedainya sentiasa mendapat sambutan memberangsangkan daripada pemilik kucing.

Semua perkhidmatan yang diberikan secara profesional berbanding perkhidmatan sesetengah pihak lain yang tidak memiliki kelayakan, sebaliknya hanya bersandarkan kepada pengalaman.

Beliau mengakui, banyak kesan buruk akan berlaku sekiranya kucing yang mengalami masalah kesihatan diberi rawatan oleh mereka yang tidak mempunyai kelayakan dalam bidang veterinar.

"Antaranya, kucing boleh mati sekiranya diberi ubat tidak sesuai dengan jenis penyakit yang dihidapi. Bagi kucing yang mengalami kecederaan seperti patah kaki, kecacatan boleh berlaku sekiranya salah dari segi rawatan.

"Kini saya dapati ramai individu yang tidak memiliki kelayakan dalam bidang veterinar mendakwa mereka doktor haiwan dan mampu memberi rawatan kepada kucing.

"Saya berharap pemilik kucing di negara ini memilih mereka yang benar-benar berkelayakan untuk merawat kucing mereka," katanya yang meminati kucing sejak kecil.

Dr Jawaher berkata, selain menyediakan perkhidmatan pemeriksaan, rawatan dan penjagaan, dia juga melakukan proses pembiakan membabitkan kucing kacukan Parsi.

Menurutnya, anak kucing kacukan Parsi yang dihasilkan dijual pada harga antara RM800 hingga RM3,000 seekor.

Untuk memastikan anak kucing sihat dan bebas daripada penyakit sebelum dijual, makanan khas termasuk pelalian dan ubat diberikan.

Katanya, bagi peminat yang baru terbabit dengan hobi memelihara kucing, beliau juga memberi tunjuk ajar dari segi penyediaan makanan, kandang, ubat, pemeriksaan dan teknik bermain.

Antara perkhidmatannya yang agak menarik dan unik adalah asrama yang menempatkan kucing dalam tempoh tertentu sebagai kemudahan kepada pemilik kucing bercuti.

"Kedai yang saya usahakan menyediakan semua kemudahan kepada kucing. Ini bagi memudahkan peminat haiwan berkenaan terus aktif dengan hobi istimewa itu," katanya.

Dr Jawaher berkata, beliau ingin menjadikan negeri ini sebagai pusat kucing bertaraf antarabangsa yang terbesar di negara ini terutama dengan adanya sebuah kompleks tahun depan.

Baginya, walaupun pendapatan daripada perkhidmatan kucing tidak seberapa berbanding di Kuala Lumpur dan Selangor, itu tidak melemahkan semangatnya untuk terus menceburi bidang berkenaan.


Nak Buat Duit Dgn Hanya Klik? Jom Klik Sini!


0 Komen:

Sila Komen Dengan Tinggalkan Nama



Carian Artikel


Terdapat ribuan artikel kesihatan, perkahwinan, tips rumahtangga, keibubapaan, keagamaan, kaunseling dll dalam simpanan. Sila buat carian artikel yang diingini.


Seni Pancutkan Isteri. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Rahsia Doa Pengasih. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Seni Melambatkan Pancutan. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan. Keterangan lanjut,sila klik sini


Nak Berhenti Merokok? Ada caranya. Sila klik sini


Pancutkan Suami. Keterangan lanjut, sila klik sini.

 

Talian Nur 15999

Talian Nur 15999 dikelolakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berfungsi memberikan khidmat bantuan kepada orang ramai berkaitan isu-isu sosial termasuk kes dera dan keganasan rumah tangga, bencana alam, kebajikan dan penjagaan serta isu berkaitan keluarga dan masyarakat.

Followers

Komen Tetamu